PENGENALAN

MAKSUD INOVASI:

Inovasi adalah pengubahsuaian kepada sesuatu produk supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta. Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru yang melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Menitikberatkan penilaian nilai praktikal berbanding inovatif. Secara am nya, Inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif dalam menambah baik sesuatu produk. Inovasi boleh berbentuk dari produk, perkhidmatan, proses dan teknologi. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib menyarankan kepada semua organisasi, tidak kira organisasi besar ataupun kecil harus memupukkan kreativiti dan inovasi dalam organisasi agar dapat melangkah lebih jauh dalam industri.














TUJUAN
 

1)meningkatkan kualiti sesuatu produk.
 

  2)mengurangkan tenaga kerja.

    3)menciptakan pasaran baru.
 

    4) memperluas jangkauan produk

  5)Mengganti produk sedia ada.

6)menjadi negara maju seiring dengan teknologi semasa.





Contoh Reka Cipta dan Inovasi


Reka cipta memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Kriteria reka cipta yang dihasilkan hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut; mudahdigunakan, mudah dikawal, mudah disenggara, selamat digunakan, tahan lasak,saiz dan bahan yang bersesuaian dan harga yang berpatutan. Di samping dapatmembantu menyelesai dan memudahkan sesuatu masalah, reka cipta dapatmembuka peluang pekerjaan bagi membantu manusia mencapai taraf hidup yangtinggi.
Reka cipta dan inovasi dalam bidang pendidikan:
(a)Satu ketika dulu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah danmenarikmenggunakan papan kapur, kemudian berubah menggunakan white board dan pen marker, tidak lama selepas itu para pendidik beralih menggunakanperisian tertentu dengan bantuan komputer dan projector liquid-crystaldisplay (LCD) pula.
(b)Hasil lukisan dicetak menggunakan mesin pencetak (plotter) dan perisianreka bentuk berbantu komputer (CAD). Pelajar dapat mempelajari teknologi di sampingmendapat pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan reka bentuk.
(c)Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan melalui persidanganterus-menerus di seluruh dunia. Pendidikan jarak jauh diperkenalkan di sampingmeningkatkan kaedah serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.










Rajah 1.6 (a)





Rajah 1.6(b)










Rajah 1.6 (a) & (b): Komputer adalah antara hasil reka cipta yang membantu dalam bidang pendidikan
Reka cipta dan inovasi dalam bidang pengangkutan:
(a)Kenderaan moden masa kini menjadi semakin efisien berbanding di peringkatawak kenderaan dicipta. Hasil inovasi ini tidak mencemarkan alam sekitarserta tidak mengeluarkan bunyi bising.
(b)Terciptanya kereta api elektrik bukan sahaja lebih laju dan memendekkantempohperjalanan malahan mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya.
(c)Pengangkutan yang semakin digemari ramai ialah pengangkutan udara,membolehkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang laindengan cepat.
Reka cipta dan inovasi dalam bidang komunikasi:
(a)Manusia boleh berhubung hampir ke semua tempat di seluruh dunia inimenggunakan telefon. Terciptanya telefon tanpa wayar (mobile phone)memudahkan lagi manusia berhubung di antara satu sama lain.
(b)Pada masa kini walaupun hanya berada di dalam rumah kita boleh mendapatmaklumatdari seluruh dunia menggunakan internet.
(c)Terciptanya alat komunikasi yang canggih, kita boleh berhubung dengan beberapa orang secara serentak. Inovasi di dalam bidang komunikasi ini memberikankemudahan kepada ahli perniagaan, ahli politik, pasukan angkatan tenteradan para pendidik serta kepada semua ahli masyarakat umumnya.
Reka cipta dan inovasi dalam bidang pembinaan:
(a)Lebuh raya yang dibina bertujuan memudah dan mempercepatkan tempohperjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
(b)Pembinaan dan rekaan bangunan pencakar langit seperti Kuala LumpurConventionCentre (KLCC) yang unik bertujuan menampung keperluan masa kini.

Inovasi membentuk atau mengubah melalui perubahan yang mendadak, radikal atau perubahan pada keseluruhan produk; membuat yang baru.Perubahan yang berlaku melalui inovasi sangat sedikit, ini adalah kerana:

(a)Inovasi memerlukan orang yang mempunyai keupayaan yang istimewa, iaitudapat melihat masalah lalu dan menghasilkan satu penyelesaian.
(b)Inovasi melibatkan risiko yang tinggi dari segi kewangan jika berlakukegagalan.
(c)Inovasi melibatkan ancaman keselamatan terhadap pereka atau hasil kerjadaripenentang perubahan.
(d) Inovasi memerlukan keyakinan sepenuhnya terhadap idea yang dilahirkan.
(e) Inovasi memerlukan pemantapan beberapa bentuk sistem paten yangmenawarkaninsentif dan perlindungan kepada pencipta.Penemuan dan penggunaan sains dan teknologi umumnya dianggap sebagaipunca utama berlakunya perubahan. Perubahan yang berlaku dalam hidup kitaditentukan sebahagian besarnya oleh keadaan ekonomi, badan korporat, karajaandan institusi sosial. Mereka ini menentukan bagaimana dan di mana sejumlah besarwang orang ramai dan syarikat dibelanjakan.


                Rajah 1.6 (c): Inovasi Dalam Reka Cipta Mesin Taip



Perubahan adalah sesuatu yang berterusan. Idea dan barang barumenggantikanyang lama. Perubahan dalam satu bidang pastinya akan membawa kepada bidang yang lain. Apabila bangun sahaja daripada tidur keesokkan paginya, kitadapati dunia ini tidak sama seperti yang ada pada hari sebelumnya.Semenjak bermulanya tamadun, manusia telah berusaha untuk memperbaikikehidupan mereka dengan mencipta (inovasi) dan sentiasa memperelok (evolusi)peralatan, bahan dan cara mereka membuat sesuatu.



Bagaimanakah perubahan ini dicapai seiring dengan teknologi semasa:


Contohnya: 1) Komputer


2) Kereta















KEPENTINGAN INOVASI

Wawasan 2020 meletakan hala tuju negara Malaysia pada landasan yang tepat hasil pemikiran pemimpin negara yang memandang ke hadapan yang gemilang. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu menjadikan inovasi sebagai budaya untuk memenuhi cabaran globalisasi. Terdapat banyak kepentingan inovasi dalam kehidupan masyarakat:

1)      Membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa (cekap dan produktif)
-Penggunaan alat seperti komputer untuk memantau dan mengawal mesin, jentera, bahkan beban kerja sumber manusia dapat dikurangkan.
-Inovasi perisian (hardware dan software) mencepatkan penyebaran ilmu, maklumat dalam talian seperti e-zakat, e-hasil dan sebagainya.
-Boleh melakukan kerja di mana-mana dan pada bila-bila masa atau di luar waktu kerja.

2)      Menjamin kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi
-Mencipta dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan kerana inovasi bersifat mendahului, contoh pasaran untuk “kek lapis” boleh merentasi sempadan geografi; dibuat di Malaysia tetapi dijual ke seluruh dunia.
 -Mewujudkan persekitaran kerja yang berdaya maju kerana pengusaha atau kerajaan sentiasa membuat yang terbaik untuk terus kekal relevan sepanjang masa contoh inovasi dalam pembungkusan produk keluaran Malaysia (SM, IMP, FDA), SIRIM.

3)      Memastikan wujudnya kesinambungan antara sistem persekolahan/pendidikan.
-Sekolah akademik, Vokasional, Teknik dan kolej komuniti latih 60 peratus tenaga mahir negara menjelang 2020.
- Bidang teknologi dan inovasi, kemahiran hidup dengan kurikulum reka cipta dan pertandingan reka cipta kebangsaan.
- Eksploitasi sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat Siber Jaya Malaysia.

4)      Dunia perniagaan berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan perubahan. Oleh itu, usahawan yang membudayakan kreativiti dan inovasi di dalam model perniagaan mereka, akan lebih bergerak maju dan berjaya berbanding usahawan yang kekal dengan model perniagaan tradisional, yang hanya mementingkan jualan semata-mata.

5)      Boleh melakukan kerja di mana-mana dan pada bila-bila masa atau di luar waktu kerja. Kepentingan inovasi dalam kehidupan kita sangatlah penting, kerana dengan adanya inovasi kita boleh melakukan segala tugasan pada bila-bila masa dan tidak kira dimana jua kita berada. Inovasi sebegini sangat memudahkan dan membantu kita melakukan tugas tanpa terikat dgan masa dan tempat. Contohnya sebagai pelajar, kita boleh melakukan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah boleh dilakukan di luar kampus samada di rumah, perpustakaan, kedai makan atau sebagainya kerana zaman sekarang sangat dipermudahkan dengan adanya inovasi-inovasi terkini.

7)      Pelan strategi dalam transformasi kerajaan (GTP). Rangka kerja jangka pendek dan panjang kerajaan. Karajaan sentiasa memberi peniktirafan, dorongan, insentif dan motivasi kepada rakyat melaui slogan “rakyat didahulukan dan pencapaian diutama”

8)      Peranan ibu bapa. Dorongan dan minat anak-anak diterjemah melalui ikut serta dasar-dasar kerajaan. Panduan dan bimbingan agar anak-anak berjaya dan menjadikan inovasi sebagai kerjaya yang gemilang pada masa hadapan.






LANGKAH -LANGKAH MEWUDUKAN MASYARAKAT INOVATIF

Peranan pelbagai pihak dalam melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.

Sememangnya Wawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), dan NKRA bertujuan untuk melahirkan rakyat yang kompeten, berkreatif dan inovatif. Hal ini kerana kita tidak seharusnya menjadi pengguna teknologi sebaliknya hendaklah menjadi penyumbang teknologi. Sehubungan dengan hal ini, pelbagai pihak memainkan peranan. Kita perlu senantiasa ingat akan kebenaran peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Faktor utama yang memainkan peranan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif ialah sistem pendidikan negara kita. Sebagai menyahut seruan kerajaan ini, kurikulum sekolah telah mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Matlamat pendidikan adalah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap kemahiran yang telah ditetapkan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup, Reka Cipta, Teknologi Maklumat, Mata pelajaran Vokasional seperti landskap, perabot, katering dan sebagainya menggalakkan pelajar untuk mengembangkan kreativiti dan inovasi mereka. Selain itu, Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah merentasi kurikulum. Guru-guru digalakkan melatih pelajar untuk berfikir. Di samping itu, kerajaan telah menubuhkan pelbagai institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN), Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Giat MARA, dan sebagainya untuk melatih para belia menguasai kemahiran dan menjadi pekerja mahir yang berkreatif dan inovatif. Jelaslah institusi pelajaran ialah institusi yang paling sesuai untuk melatih dan melahirkan insan yang berkreatif dan inovatif.

Tugas ini seterusnya perlu dipikul oleh ibu bapa. Semasa anak-anak mereka masih kecil, ibu bapa perlu membeli alat-alat mainan yang boleh mengembangkan kemahiran kreatif dan inovatif anak mereka. Permainan seperti Lego amat sesuai untuk kanak-kanak. Dengan menggunakan bongkah-bongkah plastik ini, kanak-kanak boleh menghasilkan pelbagai bentuk termasuk bangunan, robot, dan sebagainya. Kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan unsur kreativiti dan inovasi dalam diri anak mereka sejak mereka kanak-kanak lagi.

Seterusnya, kerajaan memainkan peranan yang penting. Dalam hal ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Karnival Malaysia Inovatif 2010 di seluruh negara yang bertemakan “Meraikan Kreativiti”. Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi dalam kalangan rakyat di negara ini. Kumpulan sasaran meliputi semua lapisan masyarakat iaitu golongan OKU, wanita, belia, pelajar-pelajar sekolah, komuniti, penduduk bandar dan luar bandar, penyelidik, badan bukan kerajaan dan pihak swasta. Tindakan MOSTI ini amat dialau-alukan oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, adalah harapan semoga usaha seumpama ini dapat dijalankan secara berterusan dan jangan bersifat hangat-hangat tahi ayam.

Pihak swasta khususnya sektor perindustrian juga perlu berganding bahu dengan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Usaha untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif menuntut rakyat kita supaya terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Oleh itu, sektor swasta harus menggiatkan penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan kaki tangan mereka. Sejumlah wang sepatutnya diperuntukkan untuk penyelidikan dan pembangunan. Sebagai contoh, durian tidak dapat dieksport ke Singapura kerana faktor pencemaran. MARDI telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas durian dan akhirnya para penyelidik berjaya menghasilkan serbuk durian yang boleh dibungkus dan dieksport bukan sahaja ke Singapura malah ke luar negara. Pengguna hanya perlu mencampurkan serbuk durian dengan air dan mereka dapat menikmati durian. Serbuk ini pula boleh tahan dalam tempoh masa yang lama. Oleh itu, pihak swasta perlu mencontohi MARDI dalam menghasilkan barangan yang berkreatif dan inovatif. Kata peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Akhir sekali, kita tidak boleh menidakkan peranan para pendidik dalam melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Sehubungan dengan hal ini, para pendidik di seluruh negara sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), termasuk kolej dan institusi kemahiran harus menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran pertama ialah mempertingkat profesionalisme. Para pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Seterusnya, suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik. Cabaran kedua ialah kemahiran dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pembestarian sekolah dan Schoolnet hendaklah dihargai dengan menggunakan segala kemudahan semaksimum mungkin untuk melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Cabaran ketiga ialah budaya fikir dan berakhlak. Pendidik yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian berkaitan kekeluargaan, komuniti, ekonomi dan sebagainya untuk mencari penyelesaian. Oleh itu, pendidik yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang yang boleh berfikir secara kritis dan berinovasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

TOKOH INOVASI

STEVE JOBS 

Steve Jobs ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc.Steve Jobs merupakan  inovator yang memiliki visi dan kreativiti yang hebat. Produk-produk dari Apple terbaru selalu ditunggu oleh jutaan konsumen setia mereka, sehingga setiap pelancaran produk terbaru mereka selalu terlihat fenomenal. Dari orang yang tersingkir dari perusahaan Apple yang didirikannya, sampai akhirnya kembali menjadi petinggi Apple, Steve Jobs menunjukkan sikap pantang menyerah dan melihat sesuatu dengan kaca mata berpikir postif. Beliau mengutamakan 7 prinsip dalam menghasilkan inovasi-inovasi terhebat.

1)    Lakukan Apa yang Anda Cintai”. Seumur hidupnya, Steve Jobs telah mengikuti kata hatinya, dan hal itu telah membuat perbezaan besar.

2)    “Tinggalkan jejak di Alam Semesta”. Jobs memikat orang-orang yang berfikir seperti dirinya, yang berbagi visi dengannya, dan yang membantu mewujudkan idea-ideanya menjadi inovasi-inovasi yang mengubah dunia. Semangat adalah bahan bakar roket Apple, dan visi Jobs mencipta tujuannya..

3)    ” Nyalakan Otak Anda”. Inovasi tidak akan terwujud tanpa kreativiti, dan bagi Steve Jobs, kreativiti  wujud dari terhubungnya banyak hal. Jobs percaya bahawa  pengalaman yang lengkap dapat memperluas pemahaman kita terhadap pengalaman manusia. Berfikirlah secara berbeza tentang cara berfikir Anda.

4)   “Jual Mimpi, Bukan Produk”. Bagi Jobs, orang-orang yang membeli produk Apple bukanlah “konsumen”. Mereka adalah orang-orang yang memiliki mimpi, harapan. Jobs menciptakan produk-produk untuk membantu mereka mewujudkan mimpi mereka. Berfikirlah secara berbeza tentang konsumen anda.

5)    “Katakan Tidak Terhadap 1000 Benda”.Kesederhanaan adalah kecanggihan yang utama, begitu menurut Jobs. Dari rekaan iPod sampai iPhone, dari kemasan produk-produk Apple sampai fungsi Apple, inovasi bererti menghapuskan yang tidak penting sehingga yang penting dapat berbicara.

6)    “Ciptakan Pengalaman ”.Jobs telah menciptakan Apple Store sebagai standard emas dalam pelayanan pelanggan. Apple Store telah menjadi yang terbaik di dunia. Tempat itu memperkenalkan inovasi-inovasi sederhana yang dapat diadaptasi oleh bisnes lain untuk membuat hubungan yang mendalam dan abadi dengan para pelanggannya.

7)    “Kuasai Pesan Anda”.Jobs adalah peneraju unggul perusahaan, yang mengubah pelancaran produk menjadi suatu karya seni. Anda dapat memiliki idea paling inovatif di dunia, tetapi jika anda tidak dapat membuat orang lain bersemangat mengenai hal itu, maka inovasi anda tidak bererti. 


Comments

  1. Your Affiliate Profit Machine is ready -

    Plus, making money with it is as easy as 1..2..3!

    Here's how it works...

    STEP 1. Choose affiliate products the system will push
    STEP 2. Add PUSH BUTTON traffic (it ONLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the affiliate products system explode your list and sell your affiliate products all on it's own!

    Are you ready?

    Click here to launch the system

    ReplyDelete
  2. Casino Player Rewards in NJ: 888Casino.com Review & Player Benefits
    888 Casino is one of the best online 보령 출장안마 casinos in New Jersey. They're offering 상주 출장샵 exciting promotions, generous bonuses, and 진주 출장안마 a 삼척 출장마사지 great customer  Rating: 4.4 · 남원 출장샵 ‎Review by PJ H

    ReplyDelete

Post a Comment